Pages

Monday, October 31, 2011

'Garisan' dalam hasil karya seni

'Enthicker 2",karya Jhon Bonick

karya Steffany Hemming

karya Brice Marden

'Free Advice by DJ Simpson

Karya Alexander Faley

karya Sam Reveles

karya Kay Skimachi

Necklace, by Skimachi

sculpture by unknomn artist

karya Geoff Slater



Wednesday, October 26, 2011

Makkah tahun 1953. Gambar-gambar daripada Majalah National Geographic

Keadaan fizikal Masjidil Haram di Makkah dan suasana mengerjakan haji yang sangat berbeza berbanding bekarang..namun keazaman dan pengorbanan umat Islam untuk menunaikan ibadat haji adalah sama dari dahulu hingga sekarang.










Ni yang mahal...logo @ lambang penguasaan perniagaan Amerika..

Tuesday, October 25, 2011

Gambar-gambar Kaabah di Masjidil Haram, Makkah (panggilan Baitullah).

 Selamat berangkat ke Makkah kepada jemaah haji Malaysia 2011, Selamat menunaikan rukun Islam ke 5. Semoga selamat kembali dan mendapat haji mabrur!.






Monday, October 24, 2011

Lukisan Sagaki Keita yang pelik - Tekstura halus menghasilkan imej lukisan yang besar

Sagaki Keita,27 pelukis Jepun yang mencipta gaya tersendiri dengan melukis ribuan imej kecil yang pelik dan tersendiri untuk menghasilkan motif lukisan besar yang terhebat. Salah satu karyanya mengambil masa 10 bulan untuk disiapkan. Begitu teliti dan detail. Anda saksikan sendiri beberapa contoh lukisan dan close-up lukisan tersebut di bawah.




Imej Monalisa (Leornado Da vincci)




Imej klasik 'The Great Wave of Kanagawa'


Saturday, October 22, 2011

Petua kecantikan dan kebahgiaan rumahtangga

 Setiap wanita pasti ingin kelihatan menarik, tak kira tua atau muda. Menarik dan menawan tak semestinya waktu muda saja, walau berusia, sesorang wanita itu boleh kelihatan menarik dan mempesona. Kata pepatah Inggeris, ‘look great at your age’. Jadi petua di bawah ini boleh diamalkan oleh sesiapa saja, samada tua atau muda.


Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.


Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
·         ambil air segelas
·         baca al-Fatihah sekali
·         Ayatul Qursi sekali
·         Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
·         Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Surah al-waqiah ayat 35 -38

Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

Cara 3:
  Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
  • Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
  • Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.

Wednesday, October 19, 2011

Pelik, batu terapung dari New Zealand

Kata perpatah, Untung sabut timbul, untung batu tenggelam..  Walau bagaimanapun 'batu pumice' dari New Zealand terapung di atas air! Sebenarnya batu pumice terjadi daripada abu gunung berapi yang mengeras menjadi batu. Sifatnya poros dan terdapat banyak rongga-rongga udara di dalamnya yang menyebabkan ia terapung di atas permukaan air.





Tuesday, October 18, 2011

Karya relief ukiran di dinding rumah

Karya ukiran relief kontemporari dari Finland ,dengan motif aktiviti manusia ini diukir teliti di atas papan yang dicantum.