Pages

Wednesday, February 29, 2012

Dinding 'menyanyi" bila hujan

Sebuah bangunan di Neustadt Konstho Jerman, akan memainkan irama yang indah bila hujan turun. Ini disebabkan oleh sistem gutter atau saliran hujan yang dicipta demikian rupa di luar dinding bangunan. Selain itu, ianya juga indah dan berwarna warni..




Monday, February 27, 2012

Karya catan menggunakan mulut oleh Marcus Thomas

Marcus Thomas yang lumpuh menggunakan giginya untuk 'memegang' berus semasa melukis. Melukis merupakan sesuatu yang sangat penting baginya. Walaubagaimanapun, sebelum mendapat kemalangan beliau tiada pengetahuan tentang melukis. Atas keinginan dan keazaman yang tinggi beliau dapat melukis dengan baik..






Lagi karya beliau di sini

Ukiran kerusi daripada balak tumbang

Pengukir yang tak diketahui dari North Yorkshire UK telah menghasilkan kerusi unik dan penuh misteri daripada pokok balak yang telah tumbang.. Jelas, fauna dan flora merupakan motif ukiran karya ini.






Sunday, February 19, 2012

Kelebihan Kaabah dari sudut sains


FAKTA SAINS TETANG BAITULLAH (KAABAH)
 
Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Wallahhuaalam..

Wednesday, February 15, 2012

Bonsai dan karya rumit Takanori Aiba

pernah bekerja sebagai seorang arkitek, takanori Aiba beralih mencipta karya yang sangat intricate dan mencabar seperti  karya arkitek miniatur bonsai dan binaan rumit labyrinth.







Thursday, February 9, 2012

Wednesday, February 8, 2012

Arca assemblage motif fauna Leo Sewell

Leo Sewell dari Philadelphia merupakan seorang pengarca kreatif menggunakan bahan-bahan terbuang dan bahan kitar semula. Hasil di bawah menunjukkan beliau bijak menggubah bahan-bahan plastik, metal dan kayu untuk menghasilkan arca assemblaj binatang.






Tuesday, February 7, 2012

lukisan potret sangat real dari pelukis Heikki Leis

Lukisan lukisan potret tema kehidupan seharian yang sangat real ini dihasilkan oleh pelukis Estonia menggunakan media pensil(graphite). Lihat sendiri bagaimana halus, detail dan hidupnya karya tersebut..