Monday, April 11, 2011

Perbezaan telur ayam asli dan tiruan. Hai, macam-macam hal..

Ini telur ayam asli. Salah satu hujung telur ayam apabila kulitnya dipecahkan terdapat ruang kosong / ruang udara.
Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar. Ia.diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan."Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati.

Telur ayam tiruan tiada ruang kosong pada kedua hujungnya itu.

Bentuk telur ayam asli selepas dikupas kesemua kulitnya. Salah satu hujungnya nampak rata.

Bentuk telur ayam tiruan selepas dikupas kesemua kulitnya. Bujur dengan sempurna, tiada bahagian rata.

Telur ayam asli tiada selaput yang memisahkan antara kuning dan putih. Nampak cantik jer.

Telur ayam palsu ada selaput yang memisahkan antara kuning dan putih telur.. Kalau dah tahu perbezaannya bolehlah mula buat operasi kat dapur..

Bahan-bahannya; calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan lain-lain lagi bahan kimia yang diperlukan.


Proses membuat telur tiruan:

No comments:

Post a Comment