Thursday, July 21, 2011

Sudahkan anda mendaftar sebagai pengundi? Pilihan Raya semakin dekat..

SIAPA YANG LAYAK MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI ?


Warganegara Malaysia;
Sudah mencapai umur 21 tahun;
Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
Tidak hilang kelayakan.



BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR ?

Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;
Bawa bersama Kad Pengenalan anda;
Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang; dan
Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda.





DI MANA BOLEH MENDAFTAR ?

Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
ATAU
Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri
ATAU
Semua Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara;
Unit bergerak Suruhanjaya;
DAN
Tempat-tempat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai Pusat Pendaftaran.




TEMPOH URUSAN PENDAFTARAN PEMILIH

Anda boleh mendaftar pada waktu pejabat di sepanjang tahun.

MAKLUMAT PENTING SEMASA MENGISI BORANG PENDAFTARAN (BORANG A)


1) Nama pemohon mestilah diisi seperti yang tercatat di dalam Kad Pengenalan. Sila gunakan HURUF BESAR.

2) Sila berikan maklumat lengkap mengenai Kad Pengenalan anda:

2.1) Nombor K/P baru anda (12 angka)
2.2) Nombor K/P lama anda (8 angka)

3) Jika pemohon tidak mempunyai nombor K/P lama, sila isi "TIADA" di dalam ruang yang disediakan.

4) Alamat pemohon mestilah di tempat penginapan di mana dia boleh dihubungi dengan surat (sila nyatakan nombor poskod).

5) Sila nyatakan dalam borang sama ada pendaftaran baru atau pendaftaran tukar alamat.

6) Sila pastikan anda menerima satu salinan borang pendaftaran sebagai bukti anda sudah mendaftar.





BAGAIMANA HENDAK MENYEMAK STATUS PENDAFTARAN ANDA ?

Seseorang pemilih berdaftar boleh menyemak status pendaftaran melalui cara-cara berikut:
1) telefon Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya atau Pejabat Pilihan Raya Negeri dan berikan nama dan nombor K/P anda;
2) melalui internet di www.spr.gov.my;

Melalui semakan itu, pemilih akan memperoleh maklumat-maklumat berikut:
Nama: nombor K/P (baru dan lama; jika ada);
Bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri, daerah mengundi dan lokaliti.



SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SECARA 'ON-LINE'

Source from:
http://www.spr.gov.my

No comments:

Post a Comment