FAKTA SAINS TETANG BAITULLAH (KAABAH)
Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana
berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan
panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15
perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling
stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya
bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada
sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan
penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di
situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh
didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan
kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat,
tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada
Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa
yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa
yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai
kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu
lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa
bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi
satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme
sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik
otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan
menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan
tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam
ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia
mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam,
bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan
menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga,
sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak
terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu
banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat
yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala
kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima
gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas
melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana
segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya
yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau
tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram.
Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita
dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh
tubuh.
Wallahhuaalam..
Wallahhuaalam..
No comments:
Post a Comment