Sunday, February 20, 2011

Pelukis terkenal- Abdul Latiff Mohidin


Latiff Mohidin
(Abdul Latiff bin Haji Mohidin, A. Latiff Mohidin, Alma)
LAHIR : 20 Ogos 1938 di Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
ALAMAT : 73, Jalan AU5C/6, Lembah Keramat, Hulu Kelang, 54200 Kuala Lumpur
.

Anak kepada bekas syeikh haji ini awal-awal lagi telah memperlihatkan bakat seninya.  Sewaktu berumur sembilan tahun, beliau telah pun mencipta beberapa lukisan cat minyak.  Pada awal tahun 1960-an, Latiff telah menunjukkan pula kebolehan yang lain, iaitu menulis puisi.
Latiff menerima pendidikan awalnya dari Sekolah Melayu Lenggeng hingga lulus darjah IV.  Sesudah itu, Latiff menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu Kota Raja dan Mercantile Institution, Singapura.  Kemudian pada tahun 1954, beliau kembali ke Seremban dan belajar di Sekolah King George V dengan biasiswa kerajaan negeri, hinggalah lulus School Certificate pada tahun 1959. Pertengahan tahun 1960, Latiff meninggalkan tanah air untuk menuntut di Academy of Fine Arts, Berlin, Jerman selama empat tahun dengan biaya pemerintah Republik Persekutuan Jerman.
Sehingga tahun 1971, Latiff cukup banyak mengembara sambil memperluas pengalaman dan mencipta pelbagai bentuk seni terutamanya seni lukis.  Hasil ciptaannya telah dipamerkan dari semasa ke semasa sama ada pameran secara perseorangan ataupun bersama, baik di dalam mahupun di luar negeri.  Sewaktu belajar di Berlin, Latiff sempat melawat seluruh Eropah Barat dan selepas itu ke beberapa buah negara Asia Tenggara.  Dalam tahun 1969, Latiff mendapat hadiah (grant) dari Kementerian Kebudayaan Perancis untuk mengikuti kursus seni goresan di Atelier La Courrier, Paris dan kemudian ditawarkan pula Biasiswa Rockefeller untuk meneruskan kursus yang sama di Pratt Graphic Centre, New York, Amerika Syarikat yang diakhiri dengan lawatan seni sekeliling dunia.

"Pago-Pago" 1964, Balai Seni Lukis Negara


"Growth"

"Siri Pago-pago"

"Imago Senja" 1968 (woodcut print)


1 comment:

  1. Salam sejahtera, saya Azlina, editor untuk buku teks Pendidikan Seni Visual yang diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memohon kebenaran menggunakan gambar/foto/karya yang terdapat dalam blog tuan/puan. Sila hubungi saya di emel yusazlina11@gmail.com berikut untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

    ReplyDelete