Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.
Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
· ambil air segelas
· baca al-Fatihah sekali
· Ayatul Qursi sekali
· Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
· Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Surah al-waqiah ayat 35 -38 |
Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
- Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
- Baca ” Ya Nur ” 1x
- Baca ” Ya Hadi ” 1 x
- Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.
Cara 3:
Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
- Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
- Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.
No comments:
Post a Comment